BEST DATE

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 23, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

ASSALAMUALAIKUM... Hi uols, lama benar me menyepi..dah naik bersawang blog ni..urm kali ni meng"gagah'kan diri jgk untuk bercerita ttg pngalaman bersalin anak ketiga me. Dah anak tiga ya? mcm tak percaya ja...huhu..DUE DATE me untu bersalin kali ketiga ni sebenarnya 23.3.2014 dalam cuti sekolah, so me decide tak nak amik cuti awal sbb pengalaman bersalin sebelum semuanya over due.

15.3.2014 
7.30 am : Pagi  SABTU yang sgt rasa tak best sbb kena hadir ke sekolah utk LDP. tinggalkan anak-anak n suami di rumah, time ni jeles plk kat hubby sbb weekend tak payah gi keja. Pagi tu tak sempat breakfast sbb urus rumahtangga dulu. Sampai je sekolah, rasa bersyukur sbb breakfast disediakan, nasi lemak + ayam goreng berempah lagi tapi sempat makan separuh ja sbb LDP dah nak mula. Then, bermulalah LDP yg best tu sampai kul 1.00 pm.

1.15 pm : Bergegas balik umah sebb pk tak masak untuk lunch. Sian hubby n anak-anak. OTW balik sempat call mak tanya ada santan tak, ingt nk buat masak lemak ja. Mak gtau tak dak. So, pk nk guna santan kotak jer lah, sampai jer umah tgk hubby baru nak mandi (kes melayan anak-anak sampai tak sempt mandi pagi). Me gi toilet dulu sebelum masuk dapur, paham2 jerlah bila dah sarat ni, sell ulang toilet je kejanya. masa kat toilet nmpak ada turun tanda (lendir campur darah - mmg ketiga-tiga anak me jenis turun tanda gini). tak sedap hati time ni, terus gtau hubby, so dia suruh siap2 nk gi hospital tapi me mmg tak rasa sakit langsung- tak mcm skit kat angah dulu yg ada contraction skit. tapi takut jgk jalan dah buka banyak , kang bersalin dlm keta pulak.Terus call mak minta mak datang tolong amik Along n Angah. Hospital lak leh tahan jauh 30 min jugak ikut highway pun. Actually me pilih INS Specialist Centre ng DR. ANUAR HUSAINY (Nanti me story knp pilih doktor ni dlm entry lain k)

2.15 pm : Dah sampai INS, lepas gi kaunter terus gi labour room utk check up berapa cm dah buka, Nurse gtau baru 3 cm. Masa ni rasa kcw skit sbb pk "eh, knp lambat buka jalan? Angah dulu ms cek dah buka 5cm". Tapi me mmg ta rasa sakit skit pun , sakit kat bhgn tangan sebab nurse drip air kat tangan. Berapa kali dok ulang bilik air, solat Zohor n sempat baca surah Yaasin n Mariam. 

4.00 pm : Contraction time ni baru rasa sikit2. Tiba2 hubby ckp lapar la sayang, Baru teringat we ols tak sempat lunch. Masa nk kuar umah tadi sempat makan kurma sebiji ja. So, me suh hubby gi makan n solat Asar dulu. Masa ni nurse datang letak ubat dalam air. Ubat ni untuk cepatkan proses contraction.

5.10 pm : Time ni dah rasa contraction makin kuat 10 minit sekali mcm tu,tapi hubby tak muncul2 lagi, sedih. After few minutes, hubby pun masuk sml, dia gtau kena tunggu turn utk solat sebb surau yg ada campur laki n pompuan. Masa ni tak terkata apa dah sebb rasa sakit. Hubby gtau ayg ada belikan sayang kit kat. Huhu tapi time ni tak digalakkan makan dah takut termuntah.

5.40 pm : Bukaan jalan dah masuk 9 cm, so doktor pun dah ready. Nurse puun dah ready alat-alat yg sepatutnya. ramai jugak nurse yg dok keliling me. Actually time ni, me sorang ja kat labour room. Hubby time ni tak putus-putus bagi semangat. Me pulak hanya sebut Allah berulang kali. Menangis time ni sbb me tak dak energy nk push (pastikan u olls mkan la sebanyak mungkin bila turun tanda nak bersalin). Menangis time ni ckp tak dak energy dah rasa pinggang sakit yang teramat. Terlihat Dr. Anuar baca doa   .

6.10 pm : Dengan berkat doa n semangat yang ada dan sedikit energy yang berbaki tu, lahirla seorang putera MUHAMMAD RAFIQ RIZQI B. MOHD AZIZI (3.3 kg, Along : 2.95 kg, Angah : 3.25 kg)yang dinanti-nantikan kami sekeluarga. Sambil Dr sambut baby terdengar Dr azan terlebih dhl sebelum suami azankan sekali lagi. Hanya Allah S.W.T shj yang tahu perasaan me time. Hilang segala rasa sakit dan pandangan me makin gelap

8.00 pm : Me tersedar tapi masih rasa mamai...rupanya masa proses nk jahit tu, dr bg ubat tido dah tu yang me tak sedar. Dr gtau me yang dia tak nak pesakit2 dia sakit dua kali. Thanks Dr. 


Inilah pengalaman bersalin anak ketiga me. Ibu n Abah doakan Rizqi membesar deangan sihat dan menjadi anak yang soleh dalam membela dan menegakkan agama mu nak.       

Monday, March 3, 2014

RINDU...

Salam Semua ...
Rindunya nak aktif berblog lagi...tapi takdak masa la plak...masa sgt jeles dengan me..huhu.. org lain pun busy jugak kan tapi ada je masa nk ber'bloging' ni... Actually me banyak nk story pasal me n my little family tapi seriously mmg tak der masa...gi pun me sekarang tengah tunggu kelahiran my third baby..kejap je kan masa berlalu. Rasanya mcm baru berapa bulan me bersalin my 2nd princess...huhu..may be time dalam pantang nnt leh banyak story lagi.... azam tahun 2014 nak banyak menulis di sini. Atleast boleh jadi tatapan anak2 bila dah besar nant.. 

Saturday, February 2, 2013

25 Pesanan Luqman Hakim Kepada Anak-Anaknya

Khas buat anak-anak ibu, 


Ibu tidak punya harta yang banyak untuk kalian warisi. namun doa ibu sentiasa bersama kalian... Along punya kelebihan tersendiri..Angah juga punya kelebihan tersendiri.. dengan kelebihan yg ada, kalian gunakanlah untuk berjaya bukan sahaja di dunia tetapi akhirat juga. Bila ibu baca mengenai berita pergaduhan adik-beradik saudara-mara mengenai harta, ibu jadi bimbang... namun ibu kikiskan pemikiran yang negatif...ibu doakan hubungan erat kalian kekal abadi hingga ke akhirat seperti kasih-sayang ibu dan abah pada kalian yang tiada batasnya... ibu tak tahu bila ajal akan menjemput ibu..namun kalian senstiasa dalam doa ibu.. Jadilah anak-anak yang solehah, bijak pandai dan sihat walafiat serta dapat berbakti pada agama kita... jadikanlah Islam sebagai panduan hidup kita.. kat sini juga ibu titipkan 25 Pesanan Luqman Hakim Kepada Anak-Anaknya sebagai panduan hidup kalian : 

Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
 
Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”


 


 LOVE...LOVE...LOVE

KESIAN ANAK2 IBU

Bila anak2 demam..for sure la as a mom kita akan risau punya... anak2 me plak klu demam mesti dua-dua demam.. Along sll demam malam...Angah setakat sekarang bila malam biasa ja.. Ingt lagi bad moment bila Along kena sawan sbb demam panas ibu takdak kat umah (gi seminar KL & JOHOR).. sedih Allah ja yang tahu..perasaan mmg sgt tak tenang..mujur mak n ayah ada.. so bila Along demam sekarang esspecially time malam ja mesti risau.. mujur hubby pun ringan tulang tolong me bab2 ni... Ibu doakan kalian cepat sembuh.. AMIN..



Friday, February 1, 2013

SOGO TIME

Hari ni me nak story pasal shopping @ SOGO.. wah meriah mak ai...me yang dok Kedah ni pun pi join..ingtkan me ja yg datang jauh rupanya lagi jauh pun ada.. misi shopping ni masa 25 & 26 Jan 2013 lepas..elok sangat date tu sebab dapat baru dapat GAJI + BONUS...sapa la yang tak suka... hubby siap booking hotel around Jalan TAR... turun hotel leh nampak SOGO depan mata..actually bukanlah semata2 nk gi shopping kat SOGO tapi gi KL nak amik stok biz me yang kecik2 tu... ALHAMDULILLAH... 


Me nak sangat gi MEMBER"S DAY SALE.. sebab me dapat tahu sale mcm ni akan ada 2x ja setahun .(before CNY n AIDILFITRI)... masa sale sebelum raya tahun lepas me tak sempat nk join sbb dalam pantang masa tu..klu pegi mahu mak me bising setahun..hihi.. apaleh wat mak..anak mak ni shopaholic :) . Mulanya nak gerak rabu malam tetiba ja tak jadi sebab kena attend Program Maulidurrasul wakil sekolah (program komuniti).. so awal2 lagi me pesan kat hubby supaya siap2 n me balk nnti terus gerak..mlm sebelum tu me dah siap packing..maklumlah klu travel ng anak2 kecik ni.

Apapun mmg best shopping time MEMBER'S DAY SALE ni but yang tak bestnya crowded gila .. for mommies yang shopping time bila bawa anak2 gilir2 ng husband korang semua ya... anak2 me siap tidur bagai lagi kat SOGO ni.. but don't worry kat sini ada nursing room ... senang nak BF anak kat sini..bayangkan nk Q kat cashier counter pun amik masa sampai 30 minit +. Seharian we all kat sini...hihi..  Shopping utk anak2 ja yang banyak sbb mmg worth sgt + cute2 design nya...me beli kasut ja sepasang :) ingt nak grab handbag tapi punyla ramai orang...anak2 pun dah meragam so tak jadilah..tapi takper nextweek me nak shopping puas2 @ JAKARTA&BANDUNG..

Along dah mula boring

Tada.... 


 
Antara hasil rampasan me ... love SOGO :)

Friday, January 18, 2013

ALONG @ 1ST DAY PRE-SCHOOL


Dah lama tak update blog ni..awal2 tahun mcm ni mmg sgt busy di sekolah..as a counselor mmg comfirm akan busy di awal2 tahun..nak2 pulak single counselor..kali ni me nk story pasal Along yang dah mula ke sekolah walupun baru taska ja.. 1st day dia gi school mmg me n hubby sgt teruja tapi sedihnya me tak dapat nk send sbb busy dgn orientation form 4 di school. So hubby amik cuti..masa ni hati mmg tak tenang nak buat keja. Asyik terpikir mcm mn la along kat school, nangis ke dia? mcm2 la pkir..dalam masa yg sama asyik doa jer..skit2 tgk phone kot cikgu2 taska call. Me amik pakej till 2.30 pm sbb me punch out kul 2.30 pm. Hubby call bgtau Along tak nangis n dia tak tunggu along pun. Lega...

2.30 pm ontime me punch out..dalam hati ni excited nk jemput Along..sampai jer taska along tidur time ni tapi mmg me tgk haru biru taska ni sbb ramai kids yg menangis2 time ni..me tercari jugak kot Along ada dalam salah satu kelompok yang menangis berjemaah tu..tapi cikgu dia bgtau yg along tidur..so angkat along terus masuk keta..masa ni Along dah terjaga..so bad mood la skit time..bawa gi supermarket oklah skit.

Bila sampai umah.. me n hubby ada jgk tanya psl school , tapi dia senyap jer (masa ni pikir dia tak hepi kot) tapi dia ada mention ada kawan nma sofea n tiba2 dia gtau tak nk gi school dah..masa ni cuak dah knp??? ..me buat2 tak layan ng kerenah dia n malas nk nya dah pasal school ..tapi tgh dia main2 dia main call olok2 

Along  : hello ..sofea ke tu? ni along Balqis ni... esok pi sekolah tak? apa??? sekolah cuti? ok..ok..along pun xpi sekolah jgk esok..ok bye..

Masa ni hubby n me saling berpandangan.. tergelak la kami dgn ragam Along yg cri alasan xnak gi school. Esoknya hubby send mcm biasa ja..dia tak nangis tapi cari alasan tak nk gi..siap bgtau hubby yg jalan ke school  dah tutup .. so kena u-turn balik umah mak tok..mcm2 ragam anak ibu..mmg 1st week ni agak mencabar sbb maybe dia tak selesa dgn pesekitaran tgk kawan2 yg gi school nangis2... but now Along dah suka gi school .. hepi sgt rasanya kot.. bangun pagi pun tak meragam.. ALHAMDULILLAH :)

Friday, December 7, 2012

LOVE STORY @ CAMERON HIGHLAND & PENANG



Cuti sekolah dah pun start,,, tapi masih enak dok dirumah.. kadang2 boring jgk..rasa teringin nk gi jalan2 ..kesian anak2 pun ya jugak..dok ja terperap kat umah lebih2 lagi time weekend.. yer la hubby sambung belajar  PJJ di UKM, so weekend jarang sgt ada dirumah.. kesian anak2 wlupun msh kecil tapi nk jugk tgk depa ni excited jalan2 holidays (actually me yg excited lbh nk release tension J ) . Setelah berdiskusi ng hubby tentang  destinasi holidays our little family this year.. kami pilih CAMERON HIGHLAND & PENANG.


2/12/12 kami bertolak seawal  jam 4.30 am, time tu jiran pun tersedar kami nk keluar. .. hihi.. bukan apa keluar awal so leh sampai awal n leh terjah byk tempat. Dalam pukul 8.00 am singgah di R&R Sg. Perak sebab nak mandikan anak2.. Usai siapkan anak2 n breakfast terus gerak ke CH. We all sampai lebih kurang jam 11.00 am.

 
 Model Cilik Buah2an Tempatan :)

Destinasi pertama we all Ladang Teh, mula2 nk gi BOH PLANTATION tapi xjdi sbb dah terlajak so we all Ke BHARAT TEA PLANTATION @ TANAH RATA. Me paling teruja kat sini sbb before this klu singgah sini tak pernah nak snap our memories kat plantation tu. So, berbekalkan smngt n energy yg ada, we all menapak turun ke plantation ..ng mak me turun sekali.. seronok menapak nk turun ni.. nak menapak ke atas blk yang azab sikit (mengah…. nampk sgt jarg sekali exercise).

 
 Happy Family Ever After


 
 Syg Along :)

Model Cilik Teh Bharat 

Lepas dah snap our memories kat sini , we all rehat jap dkt tea house kat sini.. iayalah penat gila menapak semula ke atas dengan hujan rintik2 nak selamatkan anak2 dri kena hujan kang demam tak best plak holidays kli ni. Lepas dah puas menikmati keindahan kat tea house dengan hidangan strwabery juices n slice cheese cake (RM 7.50 / slice) tak sdp sgt pun kek ni. Hihi.. we all terus ke TANAH RATA utk lunch..lunch kat foodcourt dia je sbb masing2 dah lapar sgt.. tapi nak ke pekan TANAH RATA tu pun jammed yang amat. Ingtkan klu pegi time bukan weekend tak ramai org .. rupanya tanggapanku amat salah sekali.

Jam menunjukkan kul 3.30 pm waktu we all check in hotel area Pekan BRINCHANG … Klu bermalam kat sini best sbb mlmnya  ada Pasar Malam .. walking distance ja dr hotel.  Ingt nak bawa anak2 jalan2 kat P.Malam tapi hujan lebat dr petang sampai mlm. So, me n hubby gilir dengan mak n adik2, mula2 mak n adik2 gi dulu, pastu bila mak n adik2 balik we all lak yg terjah. Disebabkan hujan so xmeriah sgt suasana Pasar Malam. We all xshoping sgt pun kat sini just beli cndawan goreng, limau madu (very recommended) n nasi goreng ja. 

Esoknya kul 11.00 am check out dari hotel terus kat CACTUS POINT n BIG STRAWBERRY FARM.  Fee entrance utk masuk CACTUS POINT ni RM5 / adult n RM3 / child. Tapi we all tak masuk pun sbb hubby kata klu setakat nk beli kaktus2 yg kecik tu kat mana 2pun ada jual. So we all terus ke BIG STRAWBERY FARM , kat sini pun ada jual pokok katus 6pc for RM10, sgt cute, me ada jgk beli :) . Kat sini leh tgk byk sgt salad diorang tanam , mulanya nk self-plucking strawberry tapi pekerja gtau strawberry dah tak banyak..ada skit2 ja sbb ramai org dah petik.. sedihnya hati.. my mission uncompleted (hubby me bisik nnt kita datang lagi, so jgn sedih..terubat sikit.. :) .. Anak2 n adik2 pun dah lapar so we had lunch here.

 
 @ CACTUS POINT

@ BIG RED STRAWBERRY FARM

 CACTUS @ BIG RED STRAWBERRY FARM

 SALAD PUN ADA KAT SINI 

 
 ONLY RM2 utk salad yang banyak ni..

 
 Lunch ala kadar...

 "ibu.. nak skit ice cream"

Hujan mula renyai, dengan jalan jammed we all decide utk singgah sekejap dekat KEA FARM MARKET utk beli sayur2 n strawberry kat sini. Mak n me je singgah kat sini while hubby take care of kids kat dalam keta.. . kat sini me shopping sayur2 yang segar bugar , strawberry, n some souveniers n tak habis kat sini ja.  Masa Along Qiesya nk gi toilet , dia dah wat suara sayu utk belikan soft toys UPIN & UPIN with cost me RM30 per pairs. Me sempat jgk grab bantal cute bentuk bunga rose. Cantik sgt .. Enough soveniers for me :)
 
Dalam kul 3.00 pm jgk terus gerak ke PENANG n sampai lebih kurang pukul 6.30 pm, kat sini we all stay @ THE KRYSTAL SUITES dalam Bandar GEORGETOWN. Usai bersihkan diri n solat jamak, terus keluar ke PESTA PENANG (tak jauh pun dari hotel), we had dinner kat sini ja sbb tak larat nk gi terjah nasi kandar yg  femes dah. Best jgk shopping kat sini , jgn lupa utk tawar-menawar skit sehebat yg mungkin. Tgk frame2 ayat2 Suci Al-Quran pun cantik n murah tapi mengenangkan keta pun dah penuh tak jadi. Insyallah ada rezeki nnt we all datang lagi n beli :)

 
@ PESTA  PENANG
 
Esoknya, Along sgt excited sbb nak sangat mandi kat pool hotel ni . actually dia dari petang  smlm nk ajak hubby gi swimming kat situ. So , aktiviti pagi tu main air kat swimming pool jerlah.  Bila anak hepy , mood holidays pun going well la kan..  Around 12.00 pm terus gerak ke BUKIT BENDERA PENANG, actually hubby nk sagt datang sini sbb dia tak pernah datang. Tiket utk naik ke BUKIT BENDERA RM8.00/ Adult n RM4 / Child (jgn lupa bawa mykad leh dapat less). Seronok kat atas ni, bleh relax2 tapi ramai jugk org kat sini.. huhu..macam2 scenario kat atas ni.. anak hilang mak pun ada :). Sabar jer lah 

 
 MORNING'S ACTIVITY

@ BUKIT BENDERA PENANG

 
 OUR LITTLE FAMILY :)

 Wajah Riang Adik Sarah :)
Pukul 3.00 pm we all gerak utk lunch.. perut masing2 dah menyanyi2 dah..huhu..kitorang lunch dkt Restoran Nasi Kandar area Ibu Pejabat Polis Penang (xingtla nama kedai ni tapi sedap sgt.. hihi.. After that, sempat jugak singgah kedai Jeruk Pak Ali di Pasar Chowrasta . Jeruk kat kedai ni mmg sedap, rasa lain dari jeruk yg sll jual kat tempat lain sbb bahan2 yang dijamin tak memudaratkan kesihatan. Beli jgk Fridge Magnet Penang kat sini sbg souveniers (hobi me yang terkini ..hihi).

Pukul 6.00 pm singgah di Penang Mega Mall utk solat jamak n makan2, pastu terus gerak balik -à HOME SWEET HOME (ALHAMDULILLAH selesai holiday kali ini)