BEST DATE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 5, 2012

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

Hari ni 03 Jun 2012 (Ahad), that’s mean  dah overdue 4 hari , me masih lagi kuat n takda pun tanda2 bersalin lagi L .. Pagi ni doc dah gtau klu 5hb masih belum bersalin, ‘Sila pergi ke hospital pagi2, ok “..maksudnya me akan di ‘induce’ la .. Hati mula tak tenteram sbb tak blh bayangkan betapa sakitnya induce (based kpd story kengkawan yg ada experience induce). Lepas jumpa doc, ajak hubby gi C-MART, teringin nak minum ice blog, tapi bila dah sampai sana, perut rasa mcm sakit, tapi sekejap ja.
Malam tu me kena marathon utk drama korea ‘ PICK A STAR’ sbb still have 5 episod lum tgk. Me mmg gila crt korea .
11.00 PM : Masa tgk crt korea me rasa mcm perut ni ada kontraksi 15 minit sekali, me pun tgk la jam,,saja nk comfirm..
11.15 PM :  Sekali lagi me rasa tapi buat tak tau ja,, sbb scene crt ni best.
11.30 PM : Rasa kontraksi tu datang lagi, kebetulan nk tgk episode yang lain, me pause kejap n gi toilet, kat toilet me perasan ada darah campur lender dah. Masa ni mcm2 perasaan datang, seronok (sbb me dah nak bersalin n penantian hamper berakhir) n takut ( saklit bersalin of course ). Me terus kejut hubby yang masa tu dah tidur tapi balqis belum tidur time tu.. Hubby apa lagi kelam kabut bangun, me ckp la relax la dulu ( sbb  exp masa bersalin Irdina dulu me sakit hampir 34 jam selepas turun tanda). Me siap minta hubby  gi mandi dulu) . Hubby ckp tak payah, so me la yang pergi mandi while hubby n mak me siap la kelengkapan apa yang patut. Balqis lak sibuk tanya. ‘ ibu, baby nak keluaq dah ka?”. Sempat lagi me melawak dengan Irdina sebb me malas nk gi hospital awal2.
04 JUN 2012 (ISNIN)
12.00 AM : Bertolak dari rumah mak me, tapi tak la terus ke Kedah Medical Center, tapi me singgah umah dulu sebb hubby nak amik barang, then teruskan perjalanan.
12.50 AM : Baru sampai @ KMC. Kena la gi resgister dkat unit kecemasan  n adala Medical Assisstant kat situ offer wheelchair, dgn slamber ckp taknak, sbb rasa boleh berjalan lagi ke labour room. Masa tu kontraksi still 15 min sekali.
01.00 AM : Sampai kat labour room, mcm biasa la kena wat CTG, n nurse tnya dah turun tanda ka? . me pun jawab la n dia pun check la bukaan cm. Terkejut me bila dia ckp bukaan dah 5cm. apa taknya masa kat Balqis dulu punya la ‘jala’ lambat buka. Hubby pun tergesa2 gi resgister n gi simpan brg kat bilik dulu.
01.20 AM : Kontraksi dah 10 minit sekali. Nurse offer epidural, tapi me tak nak sebab jalan dah buka byk.
01.25 AM : Kontraksi dah 5 minit sekali, masa ni tak leh nk ckap apa dah, hubby di sisi me byk la bagi sokongan, n me hanya mampu zikir n amal doa Nabi Yusuf A.s ja.
01.35 AM : Kontraksi dah makin kerap, me dah tak tahan, masa ni doc yang on-call pun dah sampai. Actually me nk dgn Doc Zulriani, tapi malangnya doc tu tgh cuti lak, Doc Kang yang ganti, redha je lah dapat doc ala hero korea ni. Nurse masa tu check sekali lagi , dah 7cm bukaan.
01.45 AM : Me dah sakit gila2 sgt. Masa ni hubby wat lawak pun me tak bolh nk respond dah, me siap bgitau yg me dah tak tahan nk rasa teran ja. Nurse siap ckp, dah boleh teran, terkejut me. 4-5 kali meneran la jgk.
01.51 AM : Lahirlah anak kedua me, masa ni seronok sgt bila doc letak atas perut me, nangis me. Hubby pun tersentuh jgkla. Pastu ada la palk scene ‘jahit;-menjahit’, me tak tahan time ni so doc minta me sedut gas Ethonox. Laloq gila me waktu ni.  Me syukur sangat2 dgn kelahiran no.2 ni sebab Allah S.W.T telah permudahkan sgl urusan me.Alhamdulillah nama puteri kedua me NUR QASRINA QAISARAH BT. MOHD AZIZI.

 

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete